Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Taman Buku Puteh Category

Monday, August 10th, 2009

Bersama Madihah, Aktiviti Pertama Taman Buku Puteh.

050820091147.jpg

Anis bawa kawan-kawan ‘lepak’ di Taman Buku Puteh lepas sekolah.

“Kami telah bertolak seawal mungkin tapi tetap sampai lewat, maaf ye adik-adik..” kata saya membuka bicara pada pagi yang bahagia di SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Memang saya dan Nik Nur Madihah @ Madihah bertolak seawal 5 pagi dari Sek 14, Petaling Jaya (rumah sewa) menuju ke LCCT, Sepang. Saya pandu kereta dengan Madihah tersengguk lena di sisi sambil saya bernasyid sekuat hati (kerana membuang rasa mengantuk). Semalam, kami tidur sekitar 2-3 pagi dan bangun jam 4 pagi. Kapal terbang (Air Asia) dijangka berlepas ke Alor Setar jam 7.15 pagi.

090820091151.jpg

Para Pelajar di SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar

Abah memaklumkan bahawa agenda ceramahnya (tentang novel Julia) telah diubah berikutan abah yang masih demam. Kedatangan Madihah (yang sebenarnya bertujuan nak ziarah keluarga saya sahaja) bertukar acara formal. Dia diminta untuk memberi taujihat kepada para pelajar tingkatan 2-6 di SMK Sultanah Bahiyah dan saya selakuĀ  pemanis bicaranya (berkongsi pengalaman menulis buku Catatan Hati Nik Nur Madihah). Kami turun dari kapal terbang dengan wajah ‘lesu comel’, Madihah sepanjang perjalanan tidur dan saya sempat ‘senyum pada awan’. “Masa sayap kapal membelah bongkah awan, kita teroleng sedikit dan Kak Ummu rasa nak muntah masa tu. Langit utara tak setenang langit Sepang,” kata saya pada Madihah ketika kami keluar langsung ke bilik air Sultan Abdul Halim Airport. “Eh, saya tak sedar pun. Kak Ummu kenapa tak kejutkan saya?” tanya Madihah. “Awak nak tidur, tidurlah dengan aman. Nanti tak cukup segar depan peminat.” Saya hari ini macam PA si genius ini. Continue reading Bersama Madihah, Aktiviti Pertama Taman Buku Puteh.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com