Ummu Hani Abu Hassan
Anak sulung yang diasuh ibubapanya menjadi seperti mereka . Juga seorang isteri yang berazam menjadi isteri solehah. Dilahirkan pada 2 Januari 1983 di Kodiang, Kedah. Anak kelahiran 17 Rabiulawal ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Qurratul Ain, Kuala Lumpur dan Seremban sehingga darjah 5 kemudian di SK Siputeh, Kodiang sebelum menekuni ilmu tarbiah di Sek. Men. Islam Darul Ulum, Pokok Sena (1-4) dan SMA Nahdhatul Hasanah, Melele. Pengajian dewasanya bermula di Matrikulasi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri dan Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam jurusan Dakwah (major) dan Pengajian Media (minor).
Pernah menimba pengalaman di negara-negara luar seperti Medan, Yogjakarta, Solo, Singapura, Mantingan, Bangkok, Myanmar, Damsyik, Syria, Jordan, Bangladesh, MEKAH DAN MADINAH dan Jakarta. Bercita-cita menjadi seorang pensyarah di samping mempunyai syarikat penerbitan dan toko buku. Bergiat dalam bidang penulisan kreatif sejak berusia awal belasan tahun sehingga kini. Karya-karyanya pernah mengisi ruang media cetak (Anis, Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Tunas Cipta, Nur, Dewan Siswa dan lain-lain) juga RTM 1 (Drama Cinta Madinah2) dan TV3 (Lara Rindu Mahsuri), RTM2 (Nurul Iman) dan RTM2 (Angin Rindu Sarajevo). Sehingga kini lebih 30 buah cerpennya telah tersiar di media cetak, 1 drama dipentaskan (Kasih Kekasih, Universiti Malaya 2003), beberapa buah puisi di majalah Tunas Cipta dan Anis juga enam buah novel (Ladang Hati Mustika, 2007), Baromkeh, Matamu di Mataku (Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, 2007), Senyum Kota Suriah (Hadiah Pertandingan Novel Kanak-kanak DBP, 2007), 1 Bulan 3 Bintang (Galeri Ilmu, 2008), Catatan Hati Nik Nur Madihah (Penerbitan Hijjaz, 2009), Surat Ibu Dari Penjara (Galeri Ilmu, 2010)
Kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Usuluddin (dakwah) d Akademi Pengajian Islam UM. Boleh dihubungi di senyum_sokmo2@yahoo.com
PENCAPAIAN PENULISAN
UMMU HANI ABU HASSAN
BA Hons.Universiti Malaya (Major) Dakwah dan Pembangunan Insan (Minor) Pengajian Media.
NOVEL
1. Ladang Hati Mustika (AMN, 2007)
2. Baromkheh, Matamu di Mataku (Utusan Publications, 2008)
3. 1 Bulan 3 Bintang (Galeri Ilmu, 2009)
4. Senyum Kota Suriah (DBP, 2009)
5. Catatan Hati Nik Nur Madihah (HijjazGroup, 2009)
6. Surat Ibu Dari Penjara (Galeri Ilmu, 2010)
ANTOLOGI CERPEN BERSAMA
1. Pelangi Kami Ingin ke Sana (HSKU), 2007
2. Kalau Kita Menjadi Kayu (HSKU), 2007
3. Sesekali Ke Desa (bersama Abu Hassan Morad), Cerdik Publication, 2007
4. Jalan Jauh ke Ramallah (bersama Grup Karyawan Luar Negara), 2007
5. Mangkuk Tempurung Nenek, 2007
6. Antologi 9 (MPR), 2007
7. Antologi Kacak Jelita (MPR), 2008
8. Dari Satu Tikungan Lorong (HSKU), 2008
9. Batu-batu di Jalanan (HSKU), 2009
CERPEN
1. Khairunnisa (Asuh, 2000)
2. Secupak Kasih Sekacip Sayang (PERMADAH, 2002)
3. Tetamu (ITQAN, 2002)
4. Sekuntum Kenangan di Jambangan Myanmar (Dewan Siswa, 2002)
5. Bicara Pokok, Matahari dan Bulan (2003, Pelita Bahasa)
6. Hati Adibah (Pelita Bahasa, 2003)
7. Emel Amal (Nur, 2003)
8. Hanya Nur Ain (Anis, 2004)
9. Cinta Ummi Walidah (Berita Minggu, 2004)
10. Kampung Hati Ayah (Mingguan Malaysia, 2005)
11. Cerita-Cerita Akhir (Mingguan Malaysia, 2005)
12. Maaf Untuk Emak (Anis, 2005)
13. Maaf Untuk Kakak (Cerdik, 2007)
14. Husaini (Cerdik, 2007)
15. Eksploit 2 Versi (Berita Minggu, 2007)
16. Putik Qunaitara (Mingguan Malaysia, 2007)
17. Je Zu Be (Dewan Siswa, 2007)
18. Mengkuang Jiwa (Mingguan Wasilah, 2007)
19. Sistem Televisyen Lalat (Mingguan Wasilah, 2007)
20. Bila Adik Pulang (Mingguan Malaysia, 2007)
21. Ramadan Yang Dulu (Anis, 2007)
22. Teman, Cukuplah Kami (Mingguan Malaysia, 2008)
23. Legendaris Albopictus (Mingguan Malaysia, 2008)
24. Itu Ayah, Itu Syurga (Pelita Bahasa, 2009)
25. Emel Untuk Sufiyya (Anis, 2009)
26. Es Teler Pagi Raya (Mingguan Malaysia, 2009)
27. Kapsyen (Tunas Cipta, Feb 2010)
28. Luka Smajo (Majalah Anis April, 2010)
SKRIP DRAMA TELEVISYEN
1. Cinta Madinah 2 (RTM, 2005)
2. Lara Rindu Mahsuri (TV3, 2008)
3. Nurul Iman (RTM, 2009)
4. Angin Rindu Sarajevo (RTM, 2010)
SKRIP DRAMA PENTAS
1. Kasih Kekasih (UM, 2003)
ARTIKEL UMUM
1. Berarak Awan Suriah 1 (Laman Kampus, Anis Julai 2007)
2. Bertemu Saudara Sekampung ( Laman Kampus, Anis Ogos 2007)
3. Raja Mazian, Meneguk di Air Yang Jernih (Anis, September 2007)
4. Musafir Menjinakkan Ukhwah (Laman Kampus, Anis September 2007)
5. Nur Bukit Unggul Eco Resort, Dekat di Mata Lekat di Hati (Anis, Oktober 2007)
6. Amy dan Norish, Tatkala Mencium Kaabah (Anis, Oktober 2007)
7. Menyiapkan Bekalan Sebelum Musafir (Laman Kampus, Anis Oktober, 2007)
8. Yb Dato’ Khalidah Adibah Ayob, Politik Dalam Perspektif Seorang Ibu (Anis, November 2007)
9. Merdeka Semulia Akhlak Nabi SAW (Laman Kampus, Anis November 2007)
10. Merangka Kelopak Perkenalan (Laman Kampus, Anis Disember 2007)
11. Jadikan Al-Quran Sebagai Teman- Abdullah Fahmi (Sahsiah Remaja, Anis Disember 2007)
12. Tahun Baru Dengan Jiwa Melayu Muslim (Laman Kampus, Anis Januari 2008)
13. Carilah Kawan-Kawan Yang Memayungkan (Laman Kampus, Anis Mac 2008)
14. Habiburrahman el-Shirazy, Berjihad Dengan Cinta (Sahsiah Remaja, Anis Mac 2008)
15. Aksara Ajaib Fedtri Yahya (Sahsiah Remaja, Anis April 2008)
16. Sebuah Peti Sejuk dan 15 Perut (Laman Kampus, Anis Jun 2008)
17. Nice, Ritro Remaja Da’ie (Sahsiah Remaja, Anis Jun 2008)
18. Mendekati Mereka Yang Dekat (Laman Kampus, Anis Jun 2008)
19. Kerana Buku Semanis Madu (Laman Kampus, Anis Ogos 2008)
20. Al-Haramain, Dua Permukiman Cinta (Jalan-Jalan, Anis Disember 2008)
21. Jendela Hijrah Farah Adeeba (Anis, Januari 2009)
22. Sinar Kehidupan di Baitul Hasanah (Anis, Januari 2009)
23. Keruntuhan Nilai Moral (Anis, Januari 2009)
24. Ummi Rose Bimbing Anak-anak di Raudhatus Sakinah (Anis, Januari 2009)
25. Leia Az Zahra Kalimah Azan Pengubat Jiwa (Anis, Februari 2009)
26. Siapalah Kami Untuk Dibantu (Anis Februari 2009)
27. Rumah Sinar Salam Permata di Lorong Chow Kit (Anis Februari 2009)
28. Surat Dari Sameeh (Anis Mac 2009)
29. Kami Bersama Umat Palestin! (Anis Mac 2009)
30. Adik, Kita Sangat Bertuah (Laman Kampus, Anis Mac 2009)
31. Aida, Terpaksa Berkorban Demi Gadis Melayu (Anis April 2009)
ARTIKEL ILMIAH
1. Nilai Remaja Barat Dalam Filem Take The Lead, Cabaran Kepada Dakwah (Dewan Budaya, 2007)
2. Penulisan Sastera Dakwah (PENA, 2007)
3..Manikam Kalbu Menikam Kalbu (Tunas Cipta, 2008)
4. Kembara Adalah Karya (UPM, 2008)
5. Komunikasi Cinta Dalam KCB (UM, 2008)
Mewajahkan Cinta Dalam Novel Popular (Tunas Cipta, 2009)
SEMINAR DAN BENGKEL
1. Bengkel Penulisan Islam Helwi PPMS (Damsyik, 2007)- Pembimbing
2. Ceramah Motivasi (Maahad Tarbiah Islamiah Derang, 2007)- Penceramah
3. Sastera Islam vs Sastera Underground (PENA, 2007)- Ahli Panel
4. Ceramah Penulisan Adalah jihad (Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, 2007)- Penceramah
5. Islamic Jurnalistic (Pesantren Gontor Putri Mantingan, Indonesia, 2007)- Penceramah
6. Motivasi Santri (Pondok Pesantren Modern Assalam Solo, 2007)- Penceramah
7. Bicara Novelis Malaysia (Sekolah Tinggi Islam Surakarta, Indonesia, 2007)- Ahli Panel
8. Bicara Novelis Malaysia (Universitas Islam Negeri Yogjakarta, Indonesia, 2007)- Ahli Panel
9. Bedah Buku Ketika Cinta Bertasbih bersama Habibur Rahman El-Shirazy (Universiti Malaya, 2008)- Ahli Panel
10. Proses Penulisan Kreatif Penulis Muda (Universiti Putra Malaysia, 2008)- Ahli Panel
11. Penulisan Wadah Dakwah (KARISMA, 2008) – Ahli Panel
12. Betulkah Hati Yakin padaNYA (FORUM AGAMA, KK11 UM, 2010)- Ahli panel
13. Bicara Penulis Muda (Perhimpunan Penulis Muda 2009, Melaka) – Ahli panel
ANUGERAH PENULISAN
1. Hadiah Saguhati Formula Malaysia (1999)
2. Tempat Kedua Sayembara Menulis Cerpen Berunsur Islam Negeri Kedah (2000)
3. Hadiah Utama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan kategori Cerpen Remaja (2005)
4. Hadiah Penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan kategori Cerpen Umum (2005)
5. Hadiah Tempat Ketiga Hadiah Sastera Kumpulan Utusan kategori Novel Remaja (2007)
6. Hadiah Penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan kategori Cerpen Umum (2007)
7. Sayembara Hari Buku Sedunia 2007 (cerpen)- penghargaan
8. Saguhati Pertandingan Menulis Novel Kanak-Kanak DBP 2007
9. Hadiah Utama HSKU kategori Cerpen Remaja (2008)
LAMAN WEB
www.ummuhani.com
EMEL
senyum_sokmo2@yahoo.com
SYARIKAT
1.AMN Publication Enterprise (Penerbit dan penulis)
2. Galeri Ilmu Sdn. Bhd. (wartawan sambilan)
ALHAMDULILLAH WA SYUKURILLAH

























Recent Comments